Saturday, February 27, 2010

Tips Of The Day : Masalah Kulit Berminyak? Senang Sangat

haa pernah nampak benda ini? sila beli sekarang , dan bawa dengan anda kemana-mana seperti anda membawa kad pengenalan dan atm kad bersama.

atau, anda rasa malu dan rendah diri nak mengaplikasikan perkara ni di tempat awam? jangan risau, lelaki-lelaki rock dan metro-sexual pun dah ramai yang menggunakan produk ni dekat tempat awam. kalau diorang tak malu untuk menjaga kulit, why should you? =D
zamir alif, killer calculateur. rock dan mementingkan kecantikan kulit.


Friday, February 26, 2010

Masalah Kulit Berminyak? Sekarang Tak Lagi, Boleh Kurangkan Minyak Okay



  1. Lama tak menulis. Keadaan hidup agak sibuk jadi kurang masa untuk menulis. Tapi jangan khuatir, I dah kembali dengan tips berguna untuk kegunaan semua orang, makcik-makcik, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan semua orang yang tahu membaca dan kisah pasal masalah kulit mereka.
    Harini, I nak kasi percuma je tips untuk kurangkan minyak pada kulit muka dan badan. Kalau anda sayang kulit anda, boleh lah cuba ilmu ilmu yang tak seberapa ni ya? Alah simpan banyak-banyak pun minyak tu buat apa, bukan boleh kumpul dan isi dalam tangki minyak kereta pun.
    1. Perkara paling penting dalam penjagaan kulit ialah.... jeng jeng jeng.... sudah tentula basuh muka dengan sabun muka yang sesuai dan air. Lets say anda tak akan jumpa sink dalam masa sehari, ada events ke, anything lah, make sure you have premoistened pad dalam beg supaya senang untuk membersihkan muka dekat mana mana sahaja. kalau nak lagi senang, bring along a pack of baby wipes together with you anywhere you wanna go.
    2. Mesti semua orang ada masalah memilih produk pencuci yang sesuai untuk kulit masing-masing kan? jangan susah susah buang duit jumpa dermatologists, of course they are going to disagree with whatever you are using. as long as YOUR CHOSEN ONE product works well with you, sila pakai secara terus terusan okay. ingat, apa-apa sahaja yang berkesan ke atas kulit, bukan apa apa yang mahal tetapi tak berapa nak berkesan ye.
    3. Mandi menggunakan air yang tak terlalu sejuk, atau air suam. Bukan AIR PANAS PANAS RABAK. air panas boleh menghilangkan lembapan yang diperlukan oleh kulit badan, manakala air sejuk boleh membuatkan kulit terkejut. anda mesti tak mahu kulit anda terkejut seterusnya mengakibatkan kulit jadi kusam walaupun tidak ada kena mengena dengan kejadian mati terkejut atau pasti kejutan hari jadi.
    4. Elakkan guna produk pencuci yang menjadikan kulit terlebih kering. biasanya sekejap je kulit betul-betul kering, minyak akan keluar dengan lebih banyak dari biasa selepas tu.
    5. Gunakan hanya noncomedogenic mosturezers and sunscreen. (please google this word if you have no idea about it). produk produk ini bebas minyak dan tidak menghalang liang pada kulit untuk bernafas.
    6. Dapatkan pandangan dermatologist tentang sejenis ubat untuk kulit yang digelar Retinoids, ia mengurangkan pengeluaran minyak dari kelenjar dan mengecutkan saiz liang.
    7. Elakkan pengambilan makanan berlemak, ia menghasilkan haba dan membuatkan pengeluaran hormon lebih aktif seterusnya mencetuskan penghasilan minyak berlebihan.
    8. Kulit berminyak adalah "penyakit keturunan', dimana anda berpotensi untuk mengalaminya jika ibubapa anda turut mengalami masalah ini. jadi, jangan putus asa, pastikan anda sentiasa menjaga kulit untuk mengekalkan kesegarannya.
  2. Jadi, jangan sekali-kali berhenti dari menjaga kulit anda. Kulit yang sihat boleh membuatkan anda kelihatan lebih menarik. Selamat mencuba dan sila bersabar dan rajin untuk nampak lebih cantik. =D